Edpuzzle sebenarnya bermula dari tahun 2013 lagi. Saban tahun platform ini telah dinaik taraf bagi mengoptimumkan penggunaannya dalam pendidikan. Edpuzzle Coach merupakan salah satu program Pembangunan Profesional dalam Talian secara percuma. Untuk entri kali ini, saya ingin mengajak rakan pendidik untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai Edpuzzle Coach menerusi program yang ditawarkan dalam Batch Edpuzzle Coach 2022-2023. Untuk mendapatkan pengiktirafan ini ialah anda perlu menyelesaikan tiga modul pembelajaran kendiri dengan anggaran masa sebanyak 90 minit. Dalam ketiga-tiga modul, anda perlu menonton video dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.
1. Dalam program pensijilan ini, peserta perlu melengkapkan 3 modul yang disediakan.
2. Daftar diri anda dengan melengkapkan butiran yang diperlukan.SELAMAT MENCUBA
ANDA SUDAH BERSEDIA?? Anda hanya perlu klik pautan ini.
Selain program ini, anda juga boleh laksanakan modul yang lain di pautan https://learn.edpuzzle.com/onlinepd
Jemput komen dan kongsikan pautan artikel ini kepada rakan pendidik anda. Isi SPLKPM bahagian pembelajaran kendiri dan berikan sijil sebagai bukti.
Terima kasih. Jangan lupa LAWAT CHANNEL YOUTUBE CHEKGU LK