RERUAI GPGD YOUTUBE SEMPENA KONVENSYEN PEMBELAJARAN DIGITAL 2023 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH, KEMENTERIAN SAINS DAN TEKNOLOGI SABAH, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN

RERUAI GPGD YOUTUBE SEMPENA KONVENSYEN PEMBELAJARAN DIGITAL 2023 ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH, KEMENTERIAN SAINS DAN TEKNOLOGI SABAH, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH DAN YAYASAN GURU TUN HUSSEIN ONN





Reruai Guru Generasi Digital (GPGD) Jalur Kompetensi YouTube bertemakan Budaya Pembelajaran Digital Transformatif semasa pameran yang diadakan bersempena dengan Konvensyen Pembelajaran Digital 2023 anjuran oleh Pejabat Pendidikan Negeri Sabah dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Yayasan Guru Tun Hussien Onn. Reruai GPGD Jalur Kompetensi Youtube menampilkan barisan guru yang terlibat dalam program ini sejak tahun 2022. Acara tersebut berlangsung dari 23 hingga 25 Februari 2023 di Dewan Resital UMS. Salah satu ciri Reruai GPGD Jalur Kompetensi Youtube ialah perkongsian maklumat berkaitan YouTube dalam pendidikan di pelbagai peringkat. Selain itu, pengenalan kepada YouTuber Pendidikan di Sabah juga akan ditunjukkan pada pameran ini. Youtubers Pendidikan di Sabah memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap pendidikan di Sabah dengan menyediakan bahan pembelajaran yang berkualiti dan menggalakkan pembelajaran dalam talian, meningkatkan kebolehcapaian dan kualiti pembelajaran di Sabah. Pameran ini bertujuan untuk menggambarkan kejayaan program GPGD Jalur Kompetensi Youtube JPN Sabah dan mempromosikan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran di Sabah.




Konvensyen pembelajaran digital adalah program yang dianjurkan untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan digital. Program ini melibatkan pelbagai pihak seperti pentadbir pendidikan, guru, pakar teknologi dan lain-lain. Konvensyen ini menghimpunkan topik-topik seperti teknologi pendidikan terkini, keberkesanan pembelajaran digital, strategi pengajaran yang berkesan dalam konteks digital, dan perkembangan terkini dalam aplikasi pembelajaran berbantukan komputer.

Konvensyen ini adalah penting kerana membolehkan para pendidik untuk mempelajari perkembangan terkini dalam teknologi pendidikan dan memperbaharui pengetahuan mereka mengenai bagaimana teknologi ini dapat digunakan untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran. Konvensyen juga membolehkan para pendidik untuk berkongsi pengalaman dan idea mengenai strategi pengajaran yang berkesan dalam konteks digital, dan membina rangkaian profesional dalam bidang pendidikan digital.

Slot-slot dalam konvensyen secara dalam talian yang diadakan sebelum sesi bersemuka mendapat sambutan yang begitu hangat dengan rata-rata penonton mengikuti sesi siaran langsung mencecah sehingga 4000 penonton. Artikel penuh di pautan : https://www.chekgulk.com/2023/02/sepintas-lalu-slot-online-dalam-talian.html

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung yang telah berkunjung ke Reruai GPGD Youtube sepanjang konvensyen yang lalu. Seronok melihat gambar-gambar pengunjung yang dikongsikan di laman pengunjung. Buku pelawat juga disediakan bagi yang ingin menulis coretan secara tulisan. Jika belum kongsikan gambar kenangan anda, bolehlah kongsikan gambar tersebut di laman https://padlet.com/g04265817/selamat-datang-ke-reruai-gpgd-youtube-jpn-sabah-iut1chalthfk9bl8

Sangat mengujakan apabila YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia sempat berkunjung ke reruai. Terima kasih YB. Kenangan indah buat kami semua. Video kunjungan beliau di pautan : https://www.youtube.com/watch?v=fJtGBiS3U5c YB Fadhlina Sidek telah merasmikan majlis penutupan konvensyen ini.






Selain itu, Datuk Pkharuddin Ghazali iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) juga datang berkunjung ke Reruai GPGD Youtube. Terima kasih Datuk atas kehadiran yang begitu 'humble' dan mesra dengan guru-guru.




Berikut merupakan sedikit gambar kenangan yang boleh ditatapi sebagai kenangan. Album penuh boleh lawat ke Facebook Chekgu LK.
















Terima kasih. Sampai berjumpa lagi. Terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Sabah atas ruang dan peluang ini. Semoga guru-guru dapat menjadi agen perubahan dalam pendidikan digital di komuniti masing-masing.


Previous Post Next Post