LATIHAN BINA AYAT TAHAP DUA: LATIHAN 1 DAN 2

 

LATIHAN BINA AYAT TAHAP DUA

Latihan 1: Sambutan Rumah Terbuka
Latihan 2: Temasya Hari Sukan Sekolah

Rakan guru boleh menggunakan bahan berikut untuk dijadikan sebagai latihan kepada murid dalam kemahiran membina ayat. 

MUAT TURUN LATIHAN VERSI PDF 


Cadangan Jawapan:

Latihan 1: Sambutan Rumah Terbuka

1. Encik Husin mempersilakan Encik Wong masuk ke rumah selepas bersalam di muka pintu.

2. Puan Rina hadir ke rumah terbuka bersama-sama Puan Selvi dan bersalam dengan isteri Encik Husin.

3. Encik Adam dan Encik Raju sedang makan sambil berbual-bual di atas kerusi.

4. Anak lelaki Encik Husin sedang mengambilkan makanan untuk tetamu mereka.

5. Kakak sedang melayan rakannya sambil berbual-bual di hadapan meja makan.


Latihan 2: Temasya Hari Sukan Sekolah

1. Devender berlari dengan pantas di lorongnya untuk mendapat tempat pertama dalam acara lumba lari.

2. Loius yang berada di lorong kedua berusaha untuk mengejar Devender.

3. Murid-murid yang berada di tepi padang memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang mengambil bahagian.

4. Para peserta yang mengambil bahagian duduk di khemah rumah sukan masing-masing.

5. Dua orang guru lelaki sedang berbual-bual berdekatan dengan khemah rumah sukan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

JEMPUT BERIKAN SOKONGAN DENGAN KLIK SUBSCRIBE CHANNEL CHEKGU LK


Terima kasih.

Previous Post Next Post