Petikan Sivik Tema Kegembiraan : Jasamu Dikenang

 


Tema sivik:  Kegembiraan
Tajuk perkongsian: Jasamu Dikenang


Kebelakangan ini, ceteknya pengetahuan sejarah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda, semakin membimbangkan. Ramai yang kurang mengenali tokoh-tokoh perjuangan terdahulu yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara serta memartabatkan bangsa dan agama.


    Tambahan lagi, tidak ramai yang tahu atau menghayati sumbangan besar yang telah diberikan oleh perdana menteri dan pemimpin negara dalam pembangunan Malaysia. Pemimpin yang baik bukan sahaja mempunyai daya fikiran yang jauh ke hadapan, tetapi juga berwawasan dan mereka sentiasa dihargai serta dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai individu yang penuh nilai dan diyakini.


    Di peringkat sekolah, pemimpin dalam kalangan murid adalah guru-guru yang menjadi panduan dalam proses pembelajaran. Guru tidak hanya memberikan ilmu, tetapi juga membentuk sahsiah dan membimbing murid ke arah kebaikan. Oleh itu, adalah amat penting bagi murid untuk menunjukkan penghargaan kepada guru sebagai tanda hormat dan terima kasih. Salah satu cara untuk menghargai guru ialah dengan memberikan salam setiap kali bertemu mereka. Ini adalah satu tanda penghormatan yang sederhana tetapi bermakna. Namun, amat mendukacitakan apabila terdapat segelintir murid yang hanya menyapa guru yang mengajar mereka pada tahun semasa sahaja.


    Selain guru, murid juga perlu menghormati rakan sekelas yang dilantik sebagai ketua kelas. Ketua kelas memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin serta membantu guru dalam melaksanakan tugas harian di kelas. Menghormati dan mendukung rakan yang menjadi ketua kelas, murid akan mewujudkan suasana persekolahan yang harmoni dan penuh penghargaan terhadap peranan pemimpin, tidak kira sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Melalui sikap sebegini, nilai-nilai murni akan terus subur dalam diri setiap individu, menjadikan murid-murid lebih menghargai jasa dan pengorbanan pemimpin.


Sekian dan terima kasih.



Previous Post Next Post