Tema Sivik : Kegembiraan
Tajuk perkongsian : Negaraku Merdeka!
National Monument (Malaysia) - Wikipedia |
Kemerdekaan negara adalah hasil perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang berkorban demi kebebasan tanah air. Namun, kini terdapat generasi yang kurang pengetahuan tentang sejarah negara, kurang jati diri, dan tidak berminat mempelajari sejarah negara. Masalah ini berpunca daripada kurangnya kesedaran tentang kepentingan sejarah dalam membina jati diri dan semangat patriotik.
Untuk mengatasi masalah ini, maklumat tentang sejarah negara perlu disebarluas dengan lebih efektif. Setiap rakyat bertanggungjawab menjaga dan mengekalkan kemerdekaan negara agar bebas daripada pemikiran dan ideologi negatif yang boleh menggugat kestabilan negara.
Oleh itu, kita perlu bersama-sama mengekalkan kemerdekaan negara dengan menghayati erti kemerdekaan sebenar. Menghormati bendera Malaysia dan menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat juga merupakan cara untuk menyemai rasa cinta kepada negara. Sambutan Hari Kemerdekaan harus dihayati dengan penuh kebanggaan dan semangat.
Kesimpulannya, kemerdekaan negara adalah nikmat yang perlu dihargai. Setiap rakyat Malaysia harus menghargai perjuangan terdahulu dan bersama-sama memastikan negara terus aman dan merdeka. Sekian dan terima kasih.