Petikan Sivik Tema Kegembiraan : Sahabat

 


Tema sivik:  Kegembiraan
Tajuk perkongsian: Sahabat


Sahabat merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, pengaruh rakan sebaya adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah dalam persahabatan. Remaja cenderung mengikuti tingkah laku rakan mereka, sama ada yang baik atau buruk.


    Buli juga merupakan satu bentuk gejala yang serius dalam persahabatan yang tidak sihat. Terdapat pelbagai jenis buli seperti buli fizikal, buli verbal, dan buli siber. Buli fizikal melibatkan keganasan fizikal seperti menendang atau menumbuk, manakala buli verbal pula melibatkan kata-kata yang menyakitkan hati. Buli siber pula berlaku melalui pelantar media sosial iaitu situasi individu dihina atau dipersenda secara maya.


    Untuk menangani masalah ini, kita harus menghargai rakan-rakan kita dengan mengamalkan sikap saling menghormati. Bekerjasama dalam aktiviti kumpulan juga dapat memperkukuh ikatan persahabatan serta memupuk nilai-nilai positif. Selain itu, kita harus bijak dalam memilih kawan. Pilihlah rakan yang mempunyai pengaruh positif dan dapat membimbing kita ke arah kebaikan.


    Kesimpulannya, persahabatan adalah anugerah yang perlu dihargai. Dengan menghargai persahabatan, kita dapat mencipta persekitaran yang lebih harmoni dan bebas daripada gejala-gejala negatif. Kita perlu bijak dalam mengendalikan pengaruh rakan sebaya dan sentiasa memilih jalan yang betul dalam kehidupan.


Sekian dan terima kasih.

Previous Post Next Post