Tema Sivik: Hormat-Menghormati
Tajuk Perkongsian: Menghargai Alam Sekitar (Amalan 3R)
Alam sekitar adalah anugerah berharga yang perlu dijaga dengan baik. Namun, pembuangan sampah sarap sewenang-wenangnya masih menjadi masalah utama kerana ramai yang tidak mengamalkan Amalan 3R (reduce, reuse, recycle).
Memelihara dan memulihara alam sekitar adalah penting untuk memastikan kesejahteraan hidup generasi akan datang. Amalan 3R membantu mengurangkan jumlah sisa yang dibuang, sekali gus mengurangkan pencemaran. Jika kita tidak menjaga alam sekitar, kesannya termasuklah kerosakan ekosistem dan peningkatan bencana alam.
Sebagai langkah saranan, kita boleh mencipta barangan secara kreatif daripada bahan kitar semula (reuse). Mengurangkan penggunaan plastik dan straw (reduce) juga penting untuk mengurangkan sampah. Selain itu, barang-barang terpakai perlu diasingkan mengikut jenis untuk dikitar semula (recycle), dan elakkan pembakaran sampah di tempat terbuka.
Kesimpulannya, penjagaan alam sekitar boleh dilaksanakan dengan berkesan melalui Amalan 3R demi masa depan yang lebih baik.