Sumber gambar: Harian Metro |
Tema sivik: Hormat-menghormati
Tajuk Perkongsian: Toleransi
Toleransi amat penting dalam pergaulan seharian terutama dalam kalangan murid. Dalam pelaksanaan tugasan, sukan, dan aktiviti sekolah, terdapat kekangan yang dihadapi akibat kurangnya toleransi. Malah, penglibatan murid berbilang kaum dalam aktiviti sekolah sering kali tidak menyeluruh.
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dengan kepelbagaian budaya. Oleh itu, amat penting untuk mewujudkan toleransi dan kerjasama antara kaum. Dengan adanya sikap ini, perbezaan budaya dan adat dapat diterima dengan lebih terbuka, sekaligus memupuk keharmonian.
Sebagai saranan, murid perlu bekerjasama dan menerima perbezaan antara mereka. Membudayakan toleransi melalui aktiviti sekolah juga penting untuk memupuk semangat perpaduan. Selain itu, menghormati perbezaan latar belakang, ekonomi, etnik, kaum, dan jantina rakan sebaya adalah kunci untuk mewujudkan persefahaman.
Kesimpulannya, sikap bertolak ansur dan tolong-menolong antara satu sama lain perlu diamalkan agar kehidupan masyarakat kekal aman dan harmoni.
Sekian dan terima kasih.