TEMPAT PERTAMA DALAM TOP100 YOUTUBER PENDIDIKAN AKADEMI YOUTUBER TAHUN 2024

CHEKGU LK TEMPAT PERTAMA DALAM TOP100 YOUTUBER PENDIDIKAN AKADEMI YOUTUBER TAHUN 2024



Alhamdulillah. Terima kasih atas penghargaan yang luar biasa ini. Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kepada usaha dan dedikasi para ahli Akademi Youtuber yang juga merupakan pempengaruh didik yang komited dalam menghasilkan kandungan digital pendidikan. Buat rakan-rakan guru, ingatlah bahawa kita adalah lebih daripada sekadar pendidik yang menjadi agen perubahan penting dalam membentuk masa depan murid kita. 


Setiap hari, kita bukan sahaja mengajar ilmu tetapi juga menginspirasikan anak didik untuk mencapai potensi penuh mereka. Jangan gentar dengan cabaran yang mendatang. Gunakan kreativiti, semangat, dan keikhlasan yang ada untuk dijadikan cahaya yang menerangi jalan murid-murid.


Buat YM Suffi, CYT Zuly dan YM Abeymat lihatlah hasil yang dituai kini. Walau tidak terbayang akan pengorbanan kalian untuk Akademi Youtuber hingga kini. Semoga Allah merahmati segalanya buat kalian dan semua ahli AYU yang kekal menyumbang walaupun telah bergraduasi. Buat ahli BMSR, anda semua menginspirasikan saya. Terima kasih atas kerjasama kalian semua.


Insya-Allah akan teruskan misi dengan penuh dedikasi dan keazaman, kerana setiap usaha kecil ini membawa impak yang besar kepada masyarakat di luar sana.  Mari kirimkan Al-Fatihah juga buat rakan AYU yang telah pergi. Semoga hasil usaha dapat dijadikan ladang pahala yang sentiasa mengalir. 


Terima kasih semua.Terus berikan sokongan buat CHEKGU LK. Kita RADU sampai PADU! SABAH BOLEH BAH!

"Sendirian kita biasa, bersama-samKita RADU sampai PADU! SABAH BOLEH BAH!a jadi luar biasa"

Previous Post Next Post