Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab: Katakan “Tidak Pada Rokok dan Rokok Elektronik"

Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab: Katakan “Tidak” Pada Rokok dan Rokok Elektronik 

Kredit gambar: Google



Tabiat merokok semakin menular dalam kalangan murid, termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape yang semakin popular. Malah, ada yang turut terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Gejala tidak sihat seperti ini bukan sahaja membahayakan kesihatan, tetapi juga boleh merosakkan masa depan mereka.

 

Tabiat merokok, termasuk rokok elektronik, sering berpunca daripada pengaruh rakan sebaya dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Kesan buruk rokok dan rokok elektronik kepada murid termasuk masalah kesihatan seperti batuk, kerosakan paru-paru, serta ketagihan nikotin yang boleh memberi kesan jangka panjang. Penggunaan rokok elektronik juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang merosakkan sistem pernafasan. Untuk berhenti, murid perlu menguatkan azam dan mendapatkan sokongan daripada keluarga serta rakan-rakan.

 

Sebagai saranan, murid boleh membelanjakan duit untuk perkara yang berfaedah seperti membeli buku atau mengikuti aktiviti sihat. Mereka perlu berani mengatakan ‘TIDAK’ pada rokok dan rokok elektronik, serta mempunyai jati diri agar tidak mudah terpengaruh. Selain itu, menasihati rakan yang terlibat dengan rokok atau rokok elektronik dapat membantu mengurangkan gejala ini.

 

Kesimpulannya, katakan “Tidak” pada rokok dan rokok elektronik demi kesihatan serta masa depan yang lebih cerah dan berkualiti.

 

Sekian dan terima kasih.


Previous Post Next Post