Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab: Jenayah Siber

 


Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab: Jenayah Siber

(Tema: Bertanggungjawab)


Jenayah siber khususnya buli siber, semakin berleluasa akibat penyalahgunaan media sosial. Buli siber merujuk kepada perbuatan mengancam, memalukan, atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, media sosial, dan e-mel. Jenis-jenis buli siber termasuk penghinaan di ruang komen, penyebaran maklumat palsu, dan penghantaran mesej bernada ugutan.


        Buli siber memberi kesan buruk kepada mangsa seperti tekanan emosi, kemurungan, dan kehilangan keyakinan diri. Oleh itu, langkah-langkah berkesan perlu diambil untuk menangani isu ini. Antaranya ialah mendidik masyarakat supaya berkomunikasi dengan sopan ketika menggunakan teknologi. Selain itu, mangsa atau saksi perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa melalui saluran yang betul.


        Sebagai langkah pencegahan, individu tidak seharusnya berkongsi butiran peribadi di Internet. Masyarakat juga perlu menyatakan pendirian tegas dengan mengatakan ‘TIDAK’ kepada buli siber demi melindungi diri dan orang lain.


        Kesimpulannya, setiap individu harus bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi dan media sosial untuk mewujudkan persekitaran siber yang selamat dan harmoni.


Sekian dan terima kasih.


Previous Post Next Post