Petikan Sivik Tema Hormat-Menghormati : Sopan Santun Terhadap Keluarga
Dalam kehidupan moden, kesibukan ibu bapa dalam urusan
kerja sering menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang. Situasi ini boleh
menjejaskan keharmonian keluarga jika tidak ditangani dengan baik. Oleh itu,
anak-anak perlu menunjukkan sikap sopan santun terhadap keluarga sebagai tanda
hormat dan kasih sayang.
Menyantuni keluarga amat penting dalam
membentuk hubungan yang erat antara ahli keluarga. Luangkan masa berkualiti
bersama dengan melakukan aktiviti seperti berbual, makan bersama, atau
bersukan. Selain itu, meraikan hari-hari istimewa seperti ulang tahun kelahiran
dan ulang tahun perkahwinan ibu bapa juga dapat mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Sebagai anak yang bertanggungjawab,
kita perlu membantu ibu bapa dalam melaksanakan kerja rumah serta menjaga aurat
dan pergaulan, walaupun dalam kalangan adik-beradik.
Kesimpulannya, sikap sopan santun dalam keluarga perlu diamalkan setiap masa agar hubungan kekeluargaan kekal erat dan harmoni.