Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab : Bijak Teknologi Maklumat

 



Petikan Sivik Tema Bertanggungjawab : Bijak Teknologi Maklumat

Pada era digital ini, penggunaan peranti secara berhemah amat penting untuk memastikan manfaat teknologi dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Teknologi maklumat memberi banyak kelebihan, terutamanya dalam bidang pendidikan. Murid dapat mengakses pelbagai maklumat dan sumber pembelajaran dengan mudah melalui internet.

 

Namun, penyalahgunaan peranti boleh membawa kesan buruk, seperti ketagihan media sosial dan jenayah siber. Hal ini boleh menjejaskan pencapaian akademik serta masa depan murid. Oleh itu, peranti harus digunakan untuk tujuan pendidikan dan memperkukuh hubungan dengan keluarga serta masyarakat.

 

Kesimpulannya, teknologi maklumat perlu digunakan secara bijak untuk kebaikan. Dengan sikap yang bertanggungjawab, kita dapat memanfaatkan teknologi tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai murid.


Previous Post Next Post