Petikan Sivik Tema Kegembiraan : Bersikap Positif
Sikap negatif seperti berfikiran sempit dan suka membuat
tafsiran sendiri sering menjadi punca salah faham dan konflik. Pandangan
negatif boleh menjejaskan hubungan sesama manusia dan melemahkan semangat diri.
Oleh itu, penting untuk kita bersikap dan berfikiran positif dalam kehidupan
seharian.
Bersikap positif membantu seseorang
menilai kelebihan dan kekurangan diri dengan realistik. Kita juga perlu
berdamping dengan orang yang positif agar dapat mencontohi sikap mereka yang
ceria, yakin, dan mudah didekati.
Antara langkah yang boleh diamalkan
ialah menyertai aktiviti riadah untuk kesihatan mental dan fizikal. Di samping
itu, kita harus belajar menghormati idea orang lain dan mengurus tekanan emosi
dengan bijak.
Kesimpulannya, bersikap positif mampu
membentuk perwatakan yang unggul dan menjadikan kita lebih berhati-hati serta
berfikir sebelum bertindak.