PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: KEMESRAAN

 


PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: KEMESRAAN


Kemesraan antara rakan sebaya penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni. Namun, ada segelintir murid hanya memilih rakan berdasarkan kumpulan yang mereka suka sahaja. Malah, ada juga yang terlibat dalam pergaulan tidak sihat hingga menjejaskan hubungan sesama sahabat.

        Hubungan persahabatan yang baik memberi banyak manfaat seperti saling membantu dalam pelajaran dan menyelesaikan masalah. Oleh itu, kita perlulah bijak berinteraksi sesama sahabat dengan bersikap hormat, bertolak ansur dan saling menyokong.

        Sahabat yang baik ialah mereka yang mendorong kita ke arah kebaikan. Kita juga harus bijak memilih rakan, melakukan aktiviti berfaedah bersama-sama dan melaksanakan tugasan secara berkumpulan.

        Kesimpulannya, kemesraan boleh dipupuk dengan membudayakan amalan senyum agar hubungan sesama sahabat lebih erat dan bahagia.


#SivikdalamPerhimpunan

#SivikSR

Previous Post Next Post