Petikan Sivik Tema Kegembiraan : Kebersamaan

 

Imej janaan kecerdasan buatan

Petikan Sivik Tema Kegembiraan : Kebersamaan


Kebersamaan merupakan nilai murni yang semakin terhakis akibat sikap individualistik dan mementingkan diri sendiri dalam kalangan masyarakat hari ini. Ramai yang lebih suka bergerak sendiri tanpa memikirkan peranan dan tanggungjawab bersama.

 

Sikap ini memberi implikasi negatif seperti renggangnya hubungan sesama manusia dan melemahkan semangat kerjasama. Oleh itu, kebersamaan amat penting dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kerana ia dapat menyatukan tenaga dan fikiran ke arah kejayaan bersama.

 

Sebagai murid, kita boleh membantu orang yang memerlukan dan menyertai aktiviti khidmat masyarakat. Sikap kebersamaan perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar wujud rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan rakan sebaya.

 

Kesimpulannya, kita harus prihatin terhadap orang sekeliling dan sentiasa mengamalkan kebersamaan demi mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.



Previous Post Next Post