PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: INTERAKSI SIHAT

 



PETIKAN SIVIK TEMA KEGEMBIRAAN: INTERAKSI SIHAT

Interaksi sihat sangat penting dalam membina hubungan yang harmoni. Namun, penggunaan bahasa yang tidak sopan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin membimbangkan. Keadaan ini menyebabkan jurang komunikasi antara individu semakin menebal akibat faktor perbezaan latar belakang dan sikap.

        Komunikasi berkesan bersama rakan, keluarga, dan masyarakat dapat diwujudkan dengan menjadi pendengar yang baik, menggunakan bahasa badan yang sesuai, serta mengawal nada suara semasa bercakap. Pendengar yang baik akan memberi perhatian penuh dan menunjukkan reaksi positif ketika berinteraksi.

        Kita harus berkomunikasi dengan baik dan bersosial tanpa mengira latar belakang. Selain itu, menjaga adab ketika bergaul, sentiasa mengucapkan terima kasih, dan meminta maaf jika melakukan kesalahan juga penting.

        Kesimpulannya, biasakan diri mengamalkan ucapan bertatasusila untuk mewujudkan interaksi sihat dalam kehidupan seharian.


#SivikdalamPerhimpunan

#SivikSR

Previous Post Next Post